Istimewa

Wednesday, September 28, 2011

PEMBERITAHUAN....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini... 

Rasanya masih sempat lagi kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Lahir & Batin kepada semua pengunjung Blog ini walau raya tinggai beberapa hari lagi saja lagi... :-)  

Disini kami ingin memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi beberapa kehendak pelanggan kami di sebabkan masalah2 yg tidak dapat di elakkan. :-(  

Untuk makluman semua, Popcorn Raja Sehari kini sudah kembali Aktif. Sehubungan itu, Kepada yang berminat untuk membuat tempahan boleh lah terus menghubungi kami.  

Insyaallah, kami akan usahakan yg terbaik untuk anda...  

Sekian... Wassalam  

"Selamat Hari Raya"

Friday, February 18, 2011

Sek. Ren Keb. Jalan U3, Subang Perdana 12 &16/ 2 / 2011

Alhamdulillah, mendapat tempahan dari Sekolah sebanyak 100 bungkus seminggu.



 Terima Kasih di ucapkan kepada pihak 
Sekolah Ren. Keb. Jalan U3 Subang Perdana.
(u/p: Cikgu Rohana)



~ Popcorn Caremal Asli ~




Tuesday, January 11, 2011

Hari Perkahwinan Man & Hanie ( 9/1/2011)


Bertempat di Kolej Kediaman ke-11 Universiti Malaya, telah berlangsungnya majlis persandingan antara Man & Hanie, setelah keduanya selamat diijab kabulkan di rumah pengantin perempuan pada 1.1.2011 yang lalu.


Popcorn Karemal Asli yang di tempah oleh keluarga pengantin 
untuk semua  terutama bagi kanak-kanak yang hadir.



Boleh di susun secara tegak atau berbaring.

Sedap nyeeerr............... ;-)

Bawak balik bang.. Jangan tinggal ye popcorn nya...
Model Popcorn saya.......   ;-)
Jangan amik banyak2, tuan umah dh kira, 1 sorang jer...hehe
Adik balik kasi kengkawan rasa k..  (Promote ;-)


Terimakasih lah ye kerana sudi datang....Amboi ! makcik pn dapat popcorn..? 
p/s: Sok order lebih skit k...hehehe

Layannzzzzzzz................ Selagi boleh makan, makan.... Tak gitu..?

  
"Jangan Pisahkan.. Aku dan dia.. Tuhan tolonglah.. Kucinta Dia.. Biarkan kami.. tetap bersama.. di dalam suka dan dukaa...." 
Tengok pengantin cam tengok Wayangkan? Bessstt...




Ribuan Terima Kasih di ucapkan kepada Tuan Rumah 
& untuk Pengantin saya ucapkan
  "Selamat Pengantin Baru"      



<<<<<<<<<<<<<((((((((((((((*_*)))))))))))))>>>>>>>>>>>>>

Monday, January 10, 2011

Popcorn Raja Sehari

Serikan Majlis Perkahwinan Anda dengan cenderahati  popcorn buat semua yang datang meraikan majlis anda. Jika ada sesiapa yang berminat, jangan malu jangan segan boleh hubungi saya di no tertera...  ;-)

Terdapat beberapa contoh Pattern yang akan saya paparkan sedikit masa lagi, insy'allah.

Popcorn

Bertih jagung atau Popcorn atau jagung tembak merupakan jenis makanan ringan jagung yang meletup dari kernalnya dan mengembang apabila dipanaskan. Bertih jagung pada asalnya dijumpai oleh Orang Asli Amerika, tetapi menjadi popular sebagai makanan ringan semasa Zaman Kemelesetan Amerika Syarikat, terutamanya di pawagam.
Jagung mampu mengembang kerana, tidak seperti bijiran lain, kernalnya memiliki rangka lembab yang keras dan isi berkanji padat. Ini membenarkan tekanan meningkat dalam kernal sehingga menghasilkan letupan "pop". Sesetengah jenis jagung kini ditanam khusus sebagai bertih.
Terdapat banyak teknik bagi menghasilkan bertih jagung. Mesin bertih jagung berskala perdagangan dicipta oleh Charles Cretors pada akhir abad ke-19. Banyak jenis kaedah skala kecil di rumah bagi menghasilkan bertih jagung juga ada, dengan yang paling popular di USA merupakan bertih jagung boleh di ketuhar mikro siap dibungkus.[1]
Sebagai makanan ringan, bertih jagung mempunyai penyokong dan penentangnya tersendiri. Sesetengah menganggapnya sebagai makanan kesihatan, sementara yang lain memberi amaran menjauhinya di atas pelbagai alasan. Bertih jagung juga mempunyai banyak kegunaan bukan makanan, dari hiasan perayaan kepada bahan pembungkusan.

IKLANEKA POPCORN